verbal insults is not enough to qualify accused to use this special exceptin but a 'accumulatively' is different.Perbezaan di antara kecualian am (general exceptions) dengan kecualian khusus (special exceptions).
Kesan pemakaian kecualian am ialah tertuduh boleh dibebaskan jika berjaya dibuktikan (melainkan dalam kes2 tertentu).
Kesan pemakaian khusus bagi s.300 ialah tertuduh tidak disabitkan dengan bunuh, tapi sabitan mematikan orang dengan salah. Oleh itu hukuman adalah di bawah s.304.
Kategori Kecualian Khusus
Bangkitan marah/provokasi
Melampaui hak pertahanan persendirian
Melampaui kuasa sebagai penjawat awam
Pergaduhan mengejut
Kerelaan orang yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk ditamatkan nyawanya.
Exception 1- Provocation
“Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation, or causes the death of any other person by mistake or accident.”
Maksud Provokasi menurut undang2
“Acts which are sufficient to prevent the exercise of reason and to deprive a reasonable man of his self-control, so negativing the existence of malice, and thus reducing the crime of homicide from murder to manslaughter”.
“Conducts or words causing someone to lose his self-control. Provocation is not recognised as a general defence to a criminal charge in Englaish law, though what otherwise would have been murder, may be reduced to manslaughter if provocation is shown (it is not however, a defence to a charge of attempted murder”.
Provocation under the English law
Lord Goddard dalam R v Duffy: “Provocation is some acts or things or both done by any person to the defendant which would cause in any reasonable person, and actually causes in the defendant a sudden and temporary loss of self-control, rendering the defendant so subject to passion as to make him or her for the moment not master of his mind”.
Perkara2 yg perlu diberi pertimbangan
Samada wujudnya masa untuk meredakan kemarahan dan tertuduh boleh menguasai semula kawalan fikirannya;
Samada bangkitan marah itu wajar/munasabah dengan apa yang telah dilakukan mangsa.
Elemen2 Kecualian 1
Hilang akal akibat bangkitan marah
Bangkitan marah yang besar dan mengejut
Berlakunya kematian mangsa yang membangkitkan marah @
Berlakunya kematian orang lain dgn tidak sengaja.
Syarat2 Pemakaian Provokasi
Provokasi tidak dicari2/dibangkitkan secara sengaja oleh tertuduh sebagai helah untuk membunuh
Provokasi bukan disebabkan oleh perkara yg dilakukan menurut undang2/oleh penjawat awam yg menjalankan kuasanya yg sah di sisi undang2.
Provokasi tidak didatangkan oleh perkara yg dilakukan bg menjalankan hak pertahanan persendirian yg sah di sisi undang2.
Bagaimana menentukan provokasi?
Provokasi merupakan suatu persoalan fakta;Lihat Huraian bagi Kecualian1 ie Samada bangkitan marah itu cukup besar dan mengejut bagi mengelakkan kesalahan itu daripada terjumlah kpd kesalahan membunuh orang adalah suatu soal nyataan (question of fact).
Bila ia adalah persoalan fakta, maka mahkamah dalam menentukan wujud atau tidak provokasi untuk menurunkan darjah bunuh kpd culpable homicide, akan menimbangkan keseluruhan fakta kes yang membawa kpd berlakunya provakasi itu.
Lihat kes2 yg telah diputuskan eg Chong Teng v PP,Mat Sawi Bahodin v PP, PP v Lassake etc; bagaimana mahkamah menentukan provokasi tertuduh.
Ujian Provokasi
Ujian subjektif – bagaimana tertuduh menyebabkan kematian mangsa akibat provokasi.
Ujian objektif – bila orang biasa yang munasabah juga akan hilang kawalan diri secara mengejut akibat provokasi itu sebagaimana tertuduh.
Lihat keputusan kes2 Ikau Anak Mail v PP, Vijayan v PP – di mana mahkamah di Malaysia telah menerima pakai ujian provokasi yang digunakan oleh common law : “The test to be applied to ascertain the sufficiency of provocation under our law is the same as that applied under the common law. In every case it depends on the effect of the provocative act on the ordinary man, that is an ordinary reasonable man belonging to the same class of society as the accused”.
Jadi siapakah org biasa yg munasabah?? Adakah dilihat di segi adat, gaya hidup, kebudayaan, nilai sosial atau bangsa yang sama?
PP v Awang Raduan bin Awang Bol[1998] 5 MLJ 460
“Untuk berjaya dalam pembelaan bangkitan marah besar dan mengejut, adalah perlu di sisi undang2 untuk pihak pembelaan memuaskan mahkamah bahawa tertuduh bukan sahaja kehilangan kuasa mengawal diri melalui perbuatan si mati, tetapi perbuatan bangkitan marah demikian juga akan merampas kuasa kawalan kendiri daripada orang munasabah. Sekiranya perbuatan tindak balas keseluruhannya tidak seimbang dgn bangkitan marah yg timbul, rayuan bangkitan marah besar dan mengejut akan gagal. Perkara ini mestilah dipertimbangkan secara objektif dan beban terletak pada tertuduh untuk membuktikan bangkitan marah pada imbangan kebarangkalian”.
bersambunglah...







