UITM tawar peluang pengajian percuma kepada golongan pekerja
28/06/2010 4:38pm
SHAH ALAM 28 Jun - Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.
"Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program 'Mengubah Destini Anak Bangsa'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.
Khaled berkata, tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur. Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelum diserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau. - Bernama

0 komen:
Post a Comment
ANY COMMENT OR IDEA ARE WELCOMED...ISLAM IS FOR ALL...